
Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894. Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902 Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai 'Ham Radio' ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan. Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil. Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadangkala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. http://kepalabatasradio.blogspot.com/
10 syarat nak kahwin dengan anak perempuan aku
1.kalau ko takder duit , pergi buat kerja full time dulu .gaji dalam lingkungan rm27 999-rm99999. aku nak anak aku dihiasi dengan emas kat tangan dan kaki skali . kalau ko busuk , jgn harap nak masuk satu inci pun dari rumah aku . kalu nak merisik anak aku tu tapi takder mercedez benz , pergi buat pinjaman bank ker , ah long ker , nk ganti balek ko punyer pasal lah .kalu x , walau ko 10 meter dari anak aku pun aku tembak ko dengan senapang gajah .
2.kalu ko naik kete ngan anak aku . sampai depan rumah jer bunyi kan hon dulu kalu x nak kete ko hancur dengan grenade dan m16 yang aku setkan kat pintu pagar rumah aku . sampai jer kt parking , ko turun dulu bukak kan pintu utk anak aku pastu pimpin tangan anak aku ke pintu rumah perlahan lahan kalau taknak ader loceng kecemasan buniy menanda kan riwayat hidup ko di situ saja penamatnyer.
3.sampai kat pintu rumah , jangan pegang pintu dulu kalu taknak kene renjatan letrik 5000volt masuk badan ko.tunggu seminit hingga ko dapat satu sms . pastu ko reply dengan voice mesej cakap ‘saya akan kahwin dan jaga anak encik sampai mati dan tidak akan biarkan seekor nyamuk pun gigit anak encik . pastu tekan loceng 3 kali . jgn lebih jangan kurang . ko nampak tombol pnitu kt tengah tu . itu bukan tombol tapi itu ialah antara teropong senapang sniper m-16 aku on da target.
4.biler masuk rumah aku , langkah kaki kanan dulu , kalu x nnti ader pisau terbang nak kerat kaki kiri ko . pastu greeting dalam bahasa inggeris cakap ‘ I am a good man,father in law ‘ pastu ko akan dapat tuala utk sapu semua baju ko agar x ader habuk .jangan duduk atas sofa rumah aku dulu , tunggu hingga ader 5 askar penjaga rumah aku cek baju ko kowt2 ader bender x baek . alat2 yang dilarang kt rumah aku bagi bakal menantu aku ialah : hanfon bawah rm500 , wallet takde jenama , tali pinggang buruk , cincin tidak bersinar , wang rm1 , 5 atau 10 dan jam bawah rm50. kalu ader bender yang dilarang ni dengan automatiknyer tornado dekat siling kipas aku bersedia untuk berlepas .
5.biler cakap dengan family aku , jangan gune bahasa kampung atau bahasa yang diorang tak paham . kat kerusi tempat ko duduk tu dah dilengkapi dengan 1000 batang paku yang akan hnggap kat punggung ko sekiranya kau tersalah cakap . dah lamer sembang , pastu bangun pergi dapur buatkan makanan utk isteri dan anak aku . nak masak guner garpu , sudu dan mangkuk ajer sebab aku dah setkan alat tu dengan bom kuasa nuclear yang automatic meletup kalu ko terlepas jatuh ke lantai alat tu . makanan yang ko masak tu kene sedap dan bau harum sampai rumah jiran punyer jiran aku.
6.kalu nak set masa bertunang kene dalam bulan 12 sebab sama dengan tarikh lahir anak aku . pastu , hantaran mas kahwin hendaklah rm50000 dan keatas.make sure dtg masuk meminang dengan 10 orang perempuan cantik utk AKU dan hantaran tu kene salut ngan emas 297 gram setiap satu . aku akan timbang berat setiap satu hantaran dan kalu terlebih walaupun 0.001 gram , aku dah beri anak aku machine gun untuk tembak ko samapai hancur.
7.biler dah kahwin , beli rumah 3 tingkat dan mesti byk pusat beli belah kat situ . ko mesti bagi anak aku paling kurang rm5000 seminggu utk barang kemas anak aku.Paling penting , ialah ko kene belikan Ferrari yang latest utk anak aku bawak gi jalan2 . once kalu aku dapat panggilan telefon yang anak aku digigit nyamuk . ko kene jawab telefon yang aku bagi dekat ko dan ko kene datang rumah aku dalam maser 9 minit 59 saat sebab aku dah letakkan pelekat kt telefon yang aku bagi kat ko tu so ko tak boleh nak alih telefon tu dari telinga ko . tambahannya , aku dah set kan mase 10 minit before 10 biji time bomb microchip dlm telefon itu meletup dan hancurkan seluruh organ otak ko .
8.biler anak aku tengah tidur waktu malam , ko takleh tidur melainkan ko bunuh dalam 1000 ekor nyamuk letak kat satu tempat dalam satu malam . maser utk anak aku tidur mestilah dalam 6 jam 31 minit dan ko hanya boleh tidur 631 detik sajer setiap hari . bile dengar bunyi yang buat ko dan anak ko takot tu jangan lah risau sebab yang itu ialah bunyi dalam 30 orang kanan aku sedang setup kan 30batang senapang lazer ke arah ko kalu ko tertidor dalam menjaga bini aku yang sedang lena tido.
9.biler anak aku sakit , tolong bawa anak aku ke hospital dalam maser 2minit sambil pasang lagu rock . aircond tu kene lebih kurang 20 darjah celcius jer . pastu set kan sendiri mercun bola dalam mulut ko and letak timing 2 minit utk pencucuh menyalakan api kea rah mercun yang akan meletup kan kesemua batang gigi ko kalu ko x sampai tepat pada waktu nya.
10.biler anak aku mati , sediakan keranda bersalut berlian , sutera dan emas dan gali dua lubang kubur sama besar .satu kat kiri dan satu kat kanan . jaraknya mestilah dalam lebih kurang 6.7 meter . pastu tanam kat lubang sebelah kiri dan letak wang serta cek bernilai rm200000 dekat atas keranda anak aku . pastu tanam dalam mase 5 minit sajer . biler dah tanam , letak bunga rafflesia kt atas pusara anak aku dan sms kat aku cakap ‘anak encik telah selamat dikebumikan . biler aku sampai di situ , ko mestilah pergi berdiri satu inci daripada lubang kubur yang ko dah buat sebelah kanan . badan ko mesti menghadap ke arah lubang itu .aku akan suruh pegawai aku pasangkan 50 buah grenade kat badan ko dan biler aku kata :’ on your mark ‘ ko kene terjun dlm lubang kubur tu dan pegawai aku akan tanam ko hingga nampak kepala jer.pastu biler aku cakap ‘get set ‘..ko kene lah mengucap sebagai saat terakhir hidup ko dan biler aku cakap ‘go’ .ko kene lah tutup mata dan mulut sebab akan akan tekan remote control yang akan meletup kan kesemua grenade kat badan ko .
Dalam ayat di atas Allah SWT menghendaki kita bersungguh-sungguh dan bersabar di dalam menegakkan kebenaran. Kita hendaklah memiliki kesabaran melebihi kesabaran musuh-musuh Allah SWT. Kesabaran orang mukmin mengatasi kesabaran orang-orang kafir. Orang mukmin tetap bersabar dalam apa jua suasana. Walaupun musuh-musuh Allah sabar dalam melakukan sesuatu, tetapi orang mukmin lebih sabar daripada mereka. Di samping bersabar orang mukmin juga lebih kuat daripada musuh-musuh mereka.
Orang mukmin yang lebih mampu
Orang mukmin bukan sahaja menentang musuh luaran bahkan mereka juga menentang musuh di dalam jiwa. Mereka lebih mampu dan berkeupayaan untuk menentang musuh di dalam jiwa atau dada. Begitu juga dalam berhadapan dengan musuh di kalangan manusia sendiri. Orang mukmin sentiasa menyeru dan berjuang. Kalau musuh-musuh berjuang dengan sabar maka mereka pun berjuang dengan penuh kesabaran. Sekiranya musuh kuat maka mereka pun kuat. Musuh Allah itu berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan mereka, maka mereka juga berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan musuh-musuh Allah itu.
Akhirnya, hanya orang mukmin yang tetap lebih sabar daripada orang kafir atau musuh Allah SWT. Walaupun yang bathil itu sabar, kuat dan maju tetapi orang beriman lebih sabar dan lebih berkeupayaan untuk kekal di atas jalan jihad. Yang hak itu semestinya mempunyai kesabaran dan kemampuan yang lebih untuk terus di dalam perjuangannya.
Berjihad di mana-mana sahaja
Orang-orang mukmin tetap berjuang dan berjihad. Mereka tetap berjihad melawan kufur melalui dakwah, berjihad menyeru untuk kekalkan Islam dan berjihad mendedahkan kejahatan dalam zuruf al munasabah. Mereka sentiasa berterusan berjihad di mana-mana sahaja.
Sekiranya daulah Islamiah sudah wujud, maka orang-orang mukmin dan tentera-tentera Islam akan berjihad mempertahankan Islam di setiap penjuru yang dimasuki oleh musuh. Di dalam keadaan yang tiada negara Islam sekarang ini maka perjuangan kita ialah berdakwah dan menegakkan kalimah Allah SWT di mana sahaja kita berada.
Jihad yang berterusan
Kumpulan Islam tak pernah lalai atau diam. Kumpulan ini tetap bergerak, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang yang mana tiada masa untuk berdiam diri. Masa sepenuhnya digunakan untuk berjihad melawan musuh. Kita hendaklah curahkan sepenuh masa untuk berjihad menegakkan Islam dan menentang musuh. Musuh Allah tidak pernah membuat gencatan senjata dengan kita. Mereka menentang kita di mana sahaja. Mereka sentiasa menentang kebenaran di setiap saat dan ketika. Sejak mula penyeruan menegakkan kalimah Allah lahir di bumi maka sejak itulah musuh Allah tak pernah mengikatkan perjanjian sementara (berhudnah) dengan kita. Kita terus diserang di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu kita pun perlu bersungguh-sungguh dan bertahan dengan penuh keupayaan untuk berjihad di jalan Allah hinggalah akhir zaman.
Sistem Islam yang menguasai keseluruhannya
Dakwah Islam menyampaikan kepada manusia satu sistem hidup yang waki’i (yang benar-benar berlaku dalam realiti). Satu sistem yang menguasai jiwa manusia. Mungkin ada manusia yang berpada dengan Islam menguasai setakat benda-benda yang zahir sahaja. Sesungguhnya yang paling penting ialah sistem Islam dapat menguasai jiwa manusia terlebih dahulu. Selepas itu menguasai harta benda dan segala peraturan hidup manusia.
Kebatilan yang sentiasa memerangi
Sistem Islam adalah satu sistem yang baik, adil dan saksama tetapi kejahatan tidak senang melihat sistem ini, dan kebatilan tidak suka kepada kebaikan, keadilan serta kejujuran. Begitu juga kezaliman tidak pernah menyerah kepada keadilan dan kemuliaan Islam.
Justeru itu kejahatan, kebatilan dan kezaliman sentiasa memerangi dan memusuhi dakwah yang benar ini. Dakwah yang benar ini sentiasa ada musuhnya.
Mereka yang mencari kepentingan maslahat diri sudah barang tentu akan menentang sistem Allah. Begitu juga akan menentang sistem Allah ini, orang yang menyeleweng kerana mereka tak mahu menjauhkan diri daripada sifat penyelewengan itu.
Oleh itu kita mestilah berjihad bersungguh-sungguh menentang mereka itu. Kita perlu sabar dan tahan. Kita perlu berusaha supaya umat Islam tidak dikuasai oleh musuh-musuh Allah. Penyerangan musuh-musuh Allah bermula terhadap jiwa kita. Kita berjihad bersungguh-sungguh melepaskan diri daripada penguasaan musuh terhadap jiwa kita. Manakala kita bebas dari penguasaan musuh ini maka barulah kita boleh berjuang membebaskan manusia daripada musuh-musuh yang berupa manusia dan jin. Sekiranya daripada awal-awal lagi kita tidak dapat membebaskan jiwa daripada musuh-musuh Allah itu maka tak usahlah diharapkan kita akan dapat berjihad untuk melawan musuh-musuh lain yang bercorak manusia. Inilah lumrah dakwah Islam hari ini.
Prinsip asal dakwah
Prinsip dakwah ini bukanlah untuk memusuhi atau mencerobohi orang lain. Tetapi prinsipnya adalah untuk membangunkan satu sistem yang betul dan adil di kalangan manusia. Bukan prinsip asalnya untuk mengkafir atau menghina sesiapa. Dakwah ini ingin mengikuti apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Allah-lah matlamat dakwah ini dan Rasul-lah ikutannya. Kita berdakwah dengan tujuan untuk menegakkan sistem Islam di kalangan manusia.
Namun begitu dakwah ini sentiasa dibenci oleh golongan yang mencari kepentingan. Sistem yang seperti ini sentiasa ada yang menentangnya dengan segala kekuatan. Kekuatan zahir yang pada musuh-musuh Islam digunakan sepenuhnya menentang Islam. Apabila kita dapat membebaskan jiwa daripada penguasaan musuh-musuh Allah itu maka InsyaAllah kita akan membina satu kumpulan yang mampu menghadapi tentangan siapa sahaja.
Kekuatan Islam melawan kekuatan musuh dalam bermacam-macam bentuk
Banyak kekuatan musuh dari berbagai arah yang menentang sistem dan dakwah yang benar ini. Dengan menggunakan kekuatan lisan dan di‘ayah sistem yang adil ini diganyang. Kebenaran dakwah Islam dipusing-pusingkan dan diselewengkan dengan bermacam-macam alat untuk memesongkan umat manusia. Oleh itu dakwah Islam mesti berusaha membebaskan diri daripada musuh-musuh Allah. Kita perlu melalui perjuangan ini sedaya upaya dengan semua peralatan dan persediaan yang ada pada kita seperti kekuatan jiwa, kekuatan penyusunan dan kekuatan pembentukan yang dijalankan berdasarkan Al Quran
dan as Sunnah.
Telah berlalu masa tidur
Orang beriman sekali-kali tidak lalai atau tidur. Masa berehat-rehat atau tidur telah berlalu. Masa untuk bersenang-senang dengan hobi, berkelah-kelahan tanpa tujuan dan berfoya-foya telah berangkat pergi. Kalau kita berkelah atau melancung pun mestilah dengan tujuan takwin Wa’ Islami. Melancong dan berkelah tanpa tujuan takwin wa’ Islami atau ijad rakaiz Islamiah dianggap lalai dan dikhuatiri mengakibatkan terjatuh ke dalam perangkap musuh-musuh Allah. Ini kerana segala sesuatu yang kita usahakan sekiranya tidak membawa pada takwin wa’ Islami dan pembentukan kefahaman serta kesedaran Islam maka usaha itu dianggap amal yang dhaif (lemah).
Bekalan yang berkekalan
Bekalan paling berkekalan yang kita perlukan seperti yang tersebut dalam ayat di atas ialah taqwa. Taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan dakwah, dengan sistem Islam dan dengan jihad yang kita lakukan. Kalau tiada taqwa maka akan tersesatlah kita. Ini kerana taqwa sentiasa menjaga hati. Kalau tiada taqwa maka hati kita akan dikongkong kembali oleh musuh-musuh Allah SWT. Oleh itu kita perlu sentiasa menyediakan taqwa yang mengawasi kita daripada lalai.
Jiwa yang sudah ditawan
Kalau ada di kalangan manusia termasuklah ulamak-ulamak yang berdiam tanpa berjihad, berfoya-foya dan bersenang-senang, maka ini menunjukkan jiwa mereka sudah ditawan oleh ghaflah atau lalai. Amal mereka seperti itu tidak dianggap amal yang berfaedah. Jiwa sudah kehilangan taqwa yang menjaga jiwa daripada lalai dan lemah. Jiwa sedang atau sudah diserang oleh musuh samada disedari atau tidak.
Peranan taqwa
Sistem Allah sentiasa berjalan bersama dengan jiwa yang bertaqwa. Taqwa menjaga kita supaya tidak menceroboh ke lain. Taqwa ialah satu kuasa pengawasan untuk mengekalkan sistem Allah. Takwa mengawasi perjalanan kita sebagai seorang muslim. Taqwa juga mengawasi perlaksanaan sistem Allah SWT.
Saidina Umar r.a pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai ?”. Kata Ubai “ tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “ Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “ apakah yang engkau buat ?”. Kata Umar, “ saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “itulah taqwa.”
Taqwa itu satu pengawasan. Untuk sampai ke peringkat taqwa seperti ini, maka seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar akan Islam terutama perkara-perkara yang fardhu dan wajib difahami. Kalau tidak melalui jalan ini maka seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa pada Allah SWT dalam ertikata yang sebenarnya. Seseorang itu tidak tahu hendak mengawasi diri, mereka akan terpijak duri dan tidak tahu mengikuti nilai Allah SWT. Justeru itu seseorang mestilah terlebih duhulu beriman pada Allah dan Islam sepenuhnya.
Jamaah yang menjaga taqwa
Jamaah Islamiah wajib memahami hal ini. Kalau tidak, akan mudahlah terjatuh ke dalam ranjau-ranjau dan duri-duri dalam perjalanannya. Sifat dakwah ini ditentukan Allah SWT. Kita tidak boleh menciptanya sendiri. Oleh itu kita hendaklah menjadi orang yang bertaqwa pada setiap kerja kita. Letakkanlah duhulu neraca taqwa kepada Allah SWT bagi setiap penilaian.
Taqwa itu meliputi iman dan Islam. Taqwa itulah yang menentukan amalan-amalan kita betul-betul di dasarkan pada keimanan dan Islam. Taqwalah yang mengawas peribadi, kumpulan, usrah dan daulah Islamiah. Tidak akan lahir amalan Islam yang sebenarnya tanpa taqwa. Oleh itu taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan sistem Allah. Kalau sistem Islam tidak diawasi oleh taqwa maka ia akan lemah, akan lalai, akan dicerobohi dan akan terdedah kepada penyelewengan-penyelewengan.
Biarlah taqwa itu berasaskan pada iman dan Islam. Kerana itulah kita perlu meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap Islam.
Tidak dirasai perlunya taqwa melainkan.....
Tidak dirasai perlunya kepada pengawasan taqwa ini kecuali orang yang telah banyak berjihad di jalan Allah SWT dan yang banyak menderita dalam berjihad menegakkan kalimah Allah SWT. Mereka ini merasakan amat perlu pada pengawasan ini. Dalam perjalanan nanti mereka akan berjumpa dengan daya penarik yang banyak seperti pangkat, kebesaran, wang, kemewahan dan kedudukan. Tanpa taqwa mereka akan tercicir, tidak tahan dan tanpa disedari akan diperalatkan oleh sistem yang lain. Sedangkan hal ini bersalahan dengan nilai taqwa itu sendiri.
Orang yang tidak biasa berjalan di atas jalan dakwah ini tidak akan berhajat kepada taqwa. Orang yang tidak pernah menderita dalam menegakkan Islam tidak akan berhajat kepada taqwa. Oleh itu daripada awal-awal lagi kita kena ada penjaga ini (taqwa). Apabila seseorang itu baligh atau masuk Islam sahaja maka pengawasan ini kena bersama-samanya. Kalau tidak mungkin dia akan mensia-siakan hidupnya. Dia akan jatuh ke bawah penguasaan musuh-musuh Allah SWT.
- Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
- Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
- Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
- Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
- Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
- Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
- Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
- Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

kegilaan Tablet PC di sekolah telah menjadi sebutan para2 guru yang sukaan teknologi yang terkini dalam penggunaan Gadet2 yang berteknologi tinggi.
MSI TAB
MSI WindPad 100W bringing 1.6GHz Intel Atom Z530, 2GB of memory, 32GB solid state drive (SSD), multi-point touch screen 10-inch (1024 × 600 pixels resolution), bluetooth 2.0, 802.11 b/g/n wifi connectivity, USB 2.0 slots, and mini HDMI and run on Windows 7 Home Premium OS.
Persoalannyer perlu ker kita beli Tablet pc ini ?
jawapan dari sayer yang ikhlas adalah :
perlu bagi mereka yang inginkan second pc yang mudah untuk di bawa kemana2, serta mereka yang menginginkan sesuatu kelainan dalam surf internet n buat kejer untuk kelihatan lebih bergaya machoo, mantap dan terbaik.
Apa kata Guru yang lain
1. Hamdan (www.myictworld.com)
- penguaan adalah leceh bagi mereka yang ingin menjadikan ia sebagai 1st PC tetapi untuk membuat kerja yang mudah atau untuk surf ok lahh...
- ia juga lebih ergonomic
- ia flexible.
- kelihatan anggun ketika mengunakannyer .. huhuh
HAPPY BESDAY TO ME HEHEHEHE 28HB JANUARY 1983 :)
AWAN BERARAK CERIA
TIADA TITIS HUJAN
POHON MELAMBAI
TANDA SOKONGAN
KUSUSURI PERJALANAN
BERTEMANKAN SENYUMAN
DI HARI LAHIR KU
UNTUK KU
DEDAUN BEGUGURAN
MENITIKAN KEDEWASAAN
WALAU TANPA MATA & HATI YANG
NAMUN CUKUP UNTUK KU…
SEGAR DAN UCAPAN
SELAMAT HARI LAHIR
IRINGAN DOA KU HULUR
BERSYUKUR KEPADANYA
ATAS NIKMAT USIA
USIA KU IBARAT MUTIARA
TIADA BERGANTI LAGI
HIASKAN IMAN BERSULAM TAQWA
SEMOGA KU SEMPAT MENGUCUP
HARUMAN SYURGAWI
DAN SENTIASA MENGINGATI
MU HINGGA AKHIR HAYAT KU
MENJADI HAMBA MU
MENCARI REDA MU
INSYAALLAH
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita paham apa yang kita baca.
Hikmah Bertudung & Mengamalkan Ayat Qursi - seorang muslimah terselamat daripada dirogol...
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
"Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti."
Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.
Selama setahun ini saya tidak menulis apa2 di blog kepunyaan saya ini, kelihatan sawang labah2 semakin menebal dan sukar untuk melihat dunia reality. namun hari ini saya kembali dengan topik yang saya suka sebab blog nih saya yang punya hehehehe.. TQ pada2 kengkawan yang mengutuk sebab blog nih dah lamer dan On.. so today ia pasti kembali bernyawa... :)
Battery Doubler can double your battery’s autonomy with little to no concessions.
Install Battery Doubler, unplug AC power and experience total laptop freedom!
* Double your laptop battery economy
Before, your only solution to have a decent battery for your laptop was to buy an extra one. Now, there’s a lighter, more efficient, and cheaper alternative: Battery Doubler!
Because it doesn’t use standard techniques (dim screen light, etc.), but finds out what to turns off what isn’t needed, such as, for example, the USB ports, you can get up to twice autonomy without sacrifice comfort.
* Decrease recharge time
Your battery recharges much faster if your computer isn’t turned on. That’s a fact.
Let Battery Doubler redefine a few computer facts - with its Turbo Charge technology, increase up to 10% battery recharge speed when your computer is turned on.
* Recalibrate damaged batteries
After using your battery a lot without paying attention to discharge and recharge it fully every time, its performance becomes very low.
With Battery Doubler, simply run the recalibration wizard that does the entire job for you - automatically!
* Easy to use
From the configuration window to the battery status indicator, features, Battery Doubler excels at ease-of use.
Our interface fully respects Microsoft’s guidelines and is very intuitive.
Because you don’t always want to read a 300-pages manual before using a software, you will understand how to use Battery Doubler in no time.
* And much more
Battery Doubler features other great functions, such as telling you in hours:minutes your battery’s autonomy!
It is impossible to list all of Battery Doubler’s functions on a single webpage, so why don’t you download it and find out how much better your laptop is with it?
------------------------------------------------------
from syok.org
Download
Serial key:
name : bubuh je name korg..
s/n :9076132509658

Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai laptop kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi. Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah. Lebih-labih lagi di zaman yang serba moden ini, cepat sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan beragam spesifikasi dan jenama serta harganya. Syarikat-syarikat pengeluar komputer dan perisian berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru selang hanya beberapa bulan. Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya.
Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz, C2D, Quad Core processor dll , 1GB RAM hingga 4GB Ram, 120 GB – 1Tb Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal. Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Saya kongsikan beberapa tips singkat seperti berikut: Kegunaan Tentukan duhulu kegunaannya, apakah laptop akan dipakai untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa dirumah (Email, News, Microsoft Office), design, gaming, blogging, pembangunan sistem, download movies dan mp3, mobile atau kesemua yang dinyatakan. Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card – Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi.
Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda. Jika laptop anda dipakai untuk tujuan design dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan. Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan design serta permainan game anda terasa lebih ‘ringan’. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MBĂ‚ dan seterusnya. Untuk system developing, anda boleh memilih laptop dengan mempertimbangkan prosesor dan memori yang mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu mengimbangi perkembangan developing tools. Teknologi multi-core dan processor architecture 64-bit juga disarankan. Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya. Layout Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya. Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang ‘mobile’. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri. Service yang disediakan dan alatganti Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan service yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaiki dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat home collection and home delivery sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatganti-nya amat susah untuk dicari. Sumber dari http://www.amzanimokhtar.com

With Network Magic Pro 5.5, you can skip the tech support phone calls, online forums and expensive on-site consultants. Network Magic Pro provides
With point-and-click ease, you can:
•Connect your devices together in minutes
•Share Internet connections, printers and files
•Protect your network with enhanced WPA security capabilities and
status alerts
•Repair your network and Internet connections to stay online and
productive
•Control access to the Internet and track online activity with remote
desktop screens
download now try test cuba dulu....
source from syok.org
Kaspersky Mobile Security 8.0 is designed to ensure protection of mobile devices against malware programs, unsolicited calls and messages. Anti-Theft feature locates your phone if lost or stolen, remotely blocks or wipes device. Data Encryption feature secures your most sensitive files and folders. Anti-Spam feature blocks annoying ad calls and SMS.
What's new in this version:
Version 8.0 includes SMS-Find (locate your phone if it's lost or stolen), encryption to secure your most sensitive files, photos and documents, Anti-Spam for annoying calls, and Parental Control.download
perisian ini sama dengan perisian yang telah ada di dalam pasaran[eg. tuneup utility sila rujuk pada rmmict.blogspot.com]. kegunaan perisian ini untuk mengemaskini registry yakni membolehkan komputer anda berfungsi dengan pantas. Untuk maklumat yang lain sila layari www.download.com.download

Perisian ini membenarkan sistem komputer utk memberi tahu akan kehadiran E-mail baru dalam inbox anda [new e-mail messages]. penguna boleh membaca e-mail, delete atau fungsi yang lain. Antara kebolehan perisian ini ia boleh:
- account login in one click.
- counter of unread e-mails.
- sound and tray icon alerts.
- read e-mail headers and body.
- delete e-mails or mark as read.
- multiple accounts support.
Download sekarang....





