Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh pada tahun 1894.
Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel) pada tahun 1899. Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1902 Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai 'Ham Radio' ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan. Sekitar tahun 1904, banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio. Barulah kemudian pada tu, bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun 1912 , Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil. Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadangkala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. http://kepalabatasradio.blogspot.com/

Posted by azlirul_sensei Sunday, March 6, 2011 0 comments



10 syarat nak kahwin dengan anak perempuan aku


1.kalau ko takder duit , pergi buat kerja full time dulu .gaji dalam lingkungan rm27 999-rm99999. aku nak anak aku dihiasi dengan emas kat tangan dan kaki skali . kalau ko busuk , jgn harap nak masuk satu inci pun dari rumah aku . kalu nak merisik anak aku tu tapi takder mercedez benz , pergi buat pinjaman bank ker , ah long ker , nk ganti balek ko punyer pasal lah .kalu x , walau ko 10 meter dari anak aku pun aku tembak ko dengan senapang gajah .

2.kalu ko naik kete ngan anak aku . sampai depan rumah jer bunyi kan hon dulu kalu x nak kete ko hancur dengan grenade dan m16 yang aku setkan kat pintu pagar rumah aku . sampai jer kt parking , ko turun dulu bukak kan pintu utk anak aku pastu pimpin tangan anak aku ke pintu rumah perlahan lahan kalau taknak ader loceng kecemasan buniy menanda kan riwayat hidup ko di situ saja penamatnyer.

3.sampai kat pintu rumah , jangan pegang pintu dulu kalu taknak kene renjatan letrik 5000volt masuk badan ko.tunggu seminit hingga ko dapat satu sms . pastu ko reply dengan voice mesej cakap ‘saya akan kahwin dan jaga anak encik sampai mati dan tidak akan biarkan seekor nyamuk pun gigit anak encik . pastu tekan loceng 3 kali . jgn lebih jangan kurang . ko nampak tombol pnitu kt tengah tu . itu bukan tombol tapi itu ialah antara teropong senapang sniper m-16 aku on da target.

4.biler masuk rumah aku , langkah kaki kanan dulu , kalu x nnti ader pisau terbang nak kerat kaki kiri ko . pastu greeting dalam bahasa inggeris cakap ‘ I am a good man,father in law ‘ pastu ko akan dapat tuala utk sapu semua baju ko agar x ader habuk .jangan duduk atas sofa rumah aku dulu , tunggu hingga ader 5 askar penjaga rumah aku cek baju ko kowt2 ader bender x baek . alat2 yang dilarang kt rumah aku bagi bakal menantu aku ialah : hanfon bawah rm500 , wallet takde jenama , tali pinggang buruk , cincin tidak bersinar , wang rm1 , 5 atau 10 dan jam bawah rm50. kalu ader bender yang dilarang ni dengan automatiknyer tornado dekat siling kipas aku bersedia untuk berlepas .


5.biler cakap dengan family aku , jangan gune bahasa kampung atau bahasa yang diorang tak paham . kat kerusi tempat ko duduk tu dah dilengkapi dengan 1000 batang paku yang akan hnggap kat punggung ko sekiranya kau tersalah cakap . dah lamer sembang , pastu bangun pergi dapur buatkan makanan utk isteri dan anak aku . nak masak guner garpu , sudu dan mangkuk ajer sebab aku dah setkan alat tu dengan bom kuasa nuclear yang automatic meletup kalu ko terlepas jatuh ke lantai alat tu . makanan yang ko masak tu kene sedap dan bau harum sampai rumah jiran punyer jiran aku.

6.kalu nak set masa bertunang kene dalam bulan 12 sebab sama dengan tarikh lahir anak aku . pastu , hantaran mas kahwin hendaklah rm50000 dan keatas.make sure dtg masuk meminang dengan 10 orang perempuan cantik utk AKU dan hantaran tu kene salut ngan emas 297 gram setiap satu . aku akan timbang berat setiap satu hantaran dan kalu terlebih walaupun 0.001 gram , aku dah beri anak aku machine gun untuk tembak ko samapai hancur.

7.biler dah kahwin , beli rumah 3 tingkat dan mesti byk pusat beli belah kat situ . ko mesti bagi anak aku paling kurang rm5000 seminggu utk barang kemas anak aku.Paling penting , ialah ko kene belikan Ferrari yang latest utk anak aku bawak gi jalan2 . once kalu aku dapat panggilan telefon yang anak aku digigit nyamuk . ko kene jawab telefon yang aku bagi dekat ko dan ko kene datang rumah aku dalam maser 9 minit 59 saat sebab aku dah letakkan pelekat kt telefon yang aku bagi kat ko tu so ko tak boleh nak alih telefon tu dari telinga ko . tambahannya , aku dah set kan mase 10 minit before 10 biji time bomb microchip dlm telefon itu meletup dan hancurkan seluruh organ otak ko .

8.biler anak aku tengah tidur waktu malam , ko takleh tidur melainkan ko bunuh dalam 1000 ekor nyamuk letak kat satu tempat dalam satu malam . maser utk anak aku tidur mestilah dalam 6 jam 31 minit dan ko hanya boleh tidur 631 detik sajer setiap hari . bile dengar bunyi yang buat ko dan anak ko takot tu jangan lah risau sebab yang itu ialah bunyi dalam 30 orang kanan aku sedang setup kan 30batang senapang lazer ke arah ko kalu ko tertidor dalam menjaga bini aku yang sedang lena tido.

9.biler anak aku sakit , tolong bawa anak aku ke hospital dalam maser 2minit sambil pasang lagu rock . aircond tu kene lebih kurang 20 darjah celcius jer . pastu set kan sendiri mercun bola dalam mulut ko and letak timing 2 minit utk pencucuh menyalakan api kea rah mercun yang akan meletup kan kesemua batang gigi ko kalu ko x sampai tepat pada waktu nya.

10.biler anak aku mati , sediakan keranda bersalut berlian , sutera dan emas dan gali dua lubang kubur sama besar .satu kat kiri dan satu kat kanan . jaraknya mestilah dalam lebih kurang 6.7 meter . pastu tanam kat lubang sebelah kiri dan letak wang serta cek bernilai rm200000 dekat atas keranda anak aku . pastu tanam dalam mase 5 minit sajer . biler dah tanam , letak bunga rafflesia kt atas pusara anak aku dan sms kat aku cakap ‘anak encik telah selamat dikebumikan . biler aku sampai di situ , ko mestilah pergi berdiri satu inci daripada lubang kubur yang ko dah buat sebelah kanan . badan ko mesti menghadap ke arah lubang itu .aku akan suruh pegawai aku pasangkan 50 buah grenade kat badan ko dan biler aku kata :’ on your mark ‘ ko kene terjun dlm lubang kubur tu dan pegawai aku akan tanam ko hingga nampak kepala jer.pastu biler aku cakap ‘get set ‘..ko kene lah mengucap sebagai saat terakhir hidup ko dan biler aku cakap ‘go’ .ko kene lah tutup mata dan mulut sebab akan akan tekan remote control yang akan meletup kan kesemua grenade kat badan ko .

Posted by azlirul_sensei Monday, February 28, 2011 0 comments

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Dalam ayat di atas Allah SWT menghendaki kita bersungguh-sungguh dan bersabar di dalam menegakkan kebenaran. Kita hendaklah memiliki kesabaran melebihi kesabaran musuh-musuh Allah SWT. Kesabaran orang mukmin mengatasi kesabaran orang-orang kafir. Orang mukmin tetap bersabar dalam apa jua suasana. Walaupun musuh-musuh Allah sabar dalam melakukan sesuatu, tetapi orang mukmin lebih sabar daripada mereka. Di samping bersabar orang mukmin juga lebih kuat daripada musuh-musuh mereka.

Orang mukmin yang lebih mampu

Orang mukmin bukan sahaja menentang musuh luaran bahkan mereka juga menentang musuh di dalam jiwa. Mereka lebih mampu dan berkeupayaan untuk menentang musuh di dalam jiwa atau dada. Begitu juga dalam berhadapan dengan musuh di kalangan manusia sendiri. Orang mukmin sentiasa menyeru dan berjuang. Kalau musuh-musuh berjuang dengan sabar maka mereka pun berjuang dengan penuh kesabaran. Sekiranya musuh kuat maka mereka pun kuat. Musuh Allah itu berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan mereka, maka mereka juga berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan musuh-musuh Allah itu.
Akhirnya, hanya orang mukmin yang tetap lebih sabar daripada orang kafir atau musuh Allah SWT. Walaupun yang bathil itu sabar, kuat dan maju tetapi orang beriman lebih sabar dan lebih berkeupayaan untuk kekal di atas jalan jihad. Yang hak itu semestinya mempunyai kesabaran dan kemampuan yang lebih untuk terus di dalam perjuangannya.

Berjihad di mana-mana sahaja

Orang-orang mukmin tetap berjuang dan berjihad. Mereka tetap berjihad melawan kufur melalui dakwah, berjihad menyeru untuk kekalkan Islam dan berjihad mendedahkan kejahatan dalam zuruf al munasabah. Mereka sentiasa berterusan berjihad di mana-mana sahaja.

Sekiranya daulah Islamiah sudah wujud, maka orang-orang mukmin dan tentera-tentera Islam akan berjihad mempertahankan Islam di setiap penjuru yang dimasuki oleh musuh. Di dalam keadaan yang tiada negara Islam sekarang ini maka perjuangan kita ialah berdakwah dan menegakkan kalimah Allah SWT di mana sahaja kita berada.

Jihad yang berterusan

Kumpulan Islam tak pernah lalai atau diam. Kumpulan ini tetap bergerak, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang yang mana tiada masa untuk berdiam diri. Masa sepenuhnya digunakan untuk berjihad melawan musuh. Kita hendaklah curahkan sepenuh masa untuk berjihad menegakkan Islam dan menentang musuh. Musuh Allah tidak pernah membuat gencatan senjata dengan kita. Mereka menentang kita di mana sahaja. Mereka sentiasa menentang kebenaran di setiap saat dan ketika. Sejak mula penyeruan menegakkan kalimah Allah lahir di bumi maka sejak itulah musuh Allah tak pernah mengikatkan perjanjian sementara (berhudnah) dengan kita. Kita terus diserang di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu kita pun perlu bersungguh-sungguh dan bertahan dengan penuh keupayaan untuk berjihad di jalan Allah hinggalah akhir zaman.

Sistem Islam yang menguasai keseluruhannya

Dakwah Islam menyampaikan kepada manusia satu sistem hidup yang waki’i (yang benar-benar berlaku dalam realiti). Satu sistem yang menguasai jiwa manusia. Mungkin ada manusia yang berpada dengan Islam menguasai setakat benda-benda yang zahir sahaja. Sesungguhnya yang paling penting ialah sistem Islam dapat menguasai jiwa manusia terlebih dahulu. Selepas itu menguasai harta benda dan segala peraturan hidup manusia.

Kebatilan yang sentiasa memerangi

Sistem Islam adalah satu sistem yang baik, adil dan saksama tetapi kejahatan tidak senang melihat sistem ini, dan kebatilan tidak suka kepada kebaikan, keadilan serta kejujuran. Begitu juga kezaliman tidak pernah menyerah kepada keadilan dan kemuliaan Islam.

Justeru itu kejahatan, kebatilan dan kezaliman sentiasa memerangi dan memusuhi dakwah yang benar ini. Dakwah yang benar ini sentiasa ada musuhnya.

Mereka yang mencari kepentingan maslahat diri sudah barang tentu akan menentang sistem Allah. Begitu juga akan menentang sistem Allah ini, orang yang menyeleweng kerana mereka tak mahu menjauhkan diri daripada sifat penyelewengan itu.

Oleh itu kita mestilah berjihad bersungguh-sungguh menentang mereka itu. Kita perlu sabar dan tahan. Kita perlu berusaha supaya umat Islam tidak dikuasai oleh musuh-musuh Allah. Penyerangan musuh-musuh Allah bermula terhadap jiwa kita. Kita berjihad bersungguh-sungguh melepaskan diri daripada penguasaan musuh terhadap jiwa kita. Manakala kita bebas dari penguasaan musuh ini maka barulah kita boleh berjuang membebaskan manusia daripada musuh-musuh yang berupa manusia dan jin. Sekiranya daripada awal-awal lagi kita tidak dapat membebaskan jiwa daripada musuh-musuh Allah itu maka tak usahlah diharapkan kita akan dapat berjihad untuk melawan musuh-musuh lain yang bercorak manusia. Inilah lumrah dakwah Islam hari ini.

Prinsip asal dakwah

Prinsip dakwah ini bukanlah untuk memusuhi atau mencerobohi orang lain. Tetapi prinsipnya adalah untuk membangunkan satu sistem yang betul dan adil di kalangan manusia. Bukan prinsip asalnya untuk mengkafir atau menghina sesiapa. Dakwah ini ingin mengikuti apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Allah-lah matlamat dakwah ini dan Rasul-lah ikutannya. Kita berdakwah dengan tujuan untuk menegakkan sistem Islam di kalangan manusia.

Namun begitu dakwah ini sentiasa dibenci oleh golongan yang mencari kepentingan. Sistem yang seperti ini sentiasa ada yang menentangnya dengan segala kekuatan. Kekuatan zahir yang pada musuh-musuh Islam digunakan sepenuhnya menentang Islam. Apabila kita dapat membebaskan jiwa daripada penguasaan musuh-musuh Allah itu maka InsyaAllah kita akan membina satu kumpulan yang mampu menghadapi tentangan siapa sahaja.

Kekuatan Islam melawan kekuatan musuh dalam bermacam-macam bentuk

Banyak kekuatan musuh dari berbagai arah yang menentang sistem dan dakwah yang benar ini. Dengan menggunakan kekuatan lisan dan di‘ayah sistem yang adil ini diganyang. Kebenaran dakwah Islam dipusing-pusingkan dan diselewengkan dengan bermacam-macam alat untuk memesongkan umat manusia. Oleh itu dakwah Islam mesti berusaha membebaskan diri daripada musuh-musuh Allah. Kita perlu melalui perjuangan ini sedaya upaya dengan semua peralatan dan persediaan yang ada pada kita seperti kekuatan jiwa, kekuatan penyusunan dan kekuatan pembentukan yang dijalankan berdasarkan Al Quran
dan as Sunnah.

Telah berlalu masa tidur

Orang beriman sekali-kali tidak lalai atau tidur. Masa berehat-rehat atau tidur telah berlalu. Masa untuk bersenang-senang dengan hobi, berkelah-kelahan tanpa tujuan dan berfoya-foya telah berangkat pergi. Kalau kita berkelah atau melancung pun mestilah dengan tujuan takwin Wa’ Islami. Melancong dan berkelah tanpa tujuan takwin wa’ Islami atau ijad rakaiz Islamiah dianggap lalai dan dikhuatiri mengakibatkan terjatuh ke dalam perangkap musuh-musuh Allah. Ini kerana segala sesuatu yang kita usahakan sekiranya tidak membawa pada takwin wa’ Islami dan pembentukan kefahaman serta kesedaran Islam maka usaha itu dianggap amal yang dhaif (lemah).

Bekalan yang berkekalan

Bekalan paling berkekalan yang kita perlukan seperti yang tersebut dalam ayat di atas ialah taqwa. Taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan dakwah, dengan sistem Islam dan dengan jihad yang kita lakukan. Kalau tiada taqwa maka akan tersesatlah kita. Ini kerana taqwa sentiasa menjaga hati. Kalau tiada taqwa maka hati kita akan dikongkong kembali oleh musuh-musuh Allah SWT. Oleh itu kita perlu sentiasa menyediakan taqwa yang mengawasi kita daripada lalai.

Jiwa yang sudah ditawan

Kalau ada di kalangan manusia termasuklah ulamak-ulamak yang berdiam tanpa berjihad, berfoya-foya dan bersenang-senang, maka ini menunjukkan jiwa mereka sudah ditawan oleh ghaflah atau lalai. Amal mereka seperti itu tidak dianggap amal yang berfaedah. Jiwa sudah kehilangan taqwa yang menjaga jiwa daripada lalai dan lemah. Jiwa sedang atau sudah diserang oleh musuh samada disedari atau tidak.

Peranan taqwa

Sistem Allah sentiasa berjalan bersama dengan jiwa yang bertaqwa. Taqwa menjaga kita supaya tidak menceroboh ke lain. Taqwa ialah satu kuasa pengawasan untuk mengekalkan sistem Allah. Takwa mengawasi perjalanan kita sebagai seorang muslim. Taqwa juga mengawasi perlaksanaan sistem Allah SWT.

Saidina Umar r.a pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai ?”. Kata Ubai “ tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “ Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “ apakah yang engkau buat ?”. Kata Umar, “ saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “itulah taqwa.”

Taqwa itu satu pengawasan. Untuk sampai ke peringkat taqwa seperti ini, maka seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar akan Islam terutama perkara-perkara yang fardhu dan wajib difahami. Kalau tidak melalui jalan ini maka seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa pada Allah SWT dalam ertikata yang sebenarnya. Seseorang itu tidak tahu hendak mengawasi diri, mereka akan terpijak duri dan tidak tahu mengikuti nilai Allah SWT. Justeru itu seseorang mestilah terlebih duhulu beriman pada Allah dan Islam sepenuhnya.

Jamaah yang menjaga taqwa

Jamaah Islamiah wajib memahami hal ini. Kalau tidak, akan mudahlah terjatuh ke dalam ranjau-ranjau dan duri-duri dalam perjalanannya. Sifat dakwah ini ditentukan Allah SWT. Kita tidak boleh menciptanya sendiri. Oleh itu kita hendaklah menjadi orang yang bertaqwa pada setiap kerja kita. Letakkanlah duhulu neraca taqwa kepada Allah SWT bagi setiap penilaian.

Taqwa itu meliputi iman dan Islam. Taqwa itulah yang menentukan amalan-amalan kita betul-betul di dasarkan pada keimanan dan Islam. Taqwalah yang mengawas peribadi, kumpulan, usrah dan daulah Islamiah. Tidak akan lahir amalan Islam yang sebenarnya tanpa taqwa. Oleh itu taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan sistem Allah. Kalau sistem Islam tidak diawasi oleh taqwa maka ia akan lemah, akan lalai, akan dicerobohi dan akan terdedah kepada penyelewengan-penyelewengan.

Biarlah taqwa itu berasaskan pada iman dan Islam. Kerana itulah kita perlu meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap Islam.

Tidak dirasai perlunya taqwa melainkan.....

Tidak dirasai perlunya kepada pengawasan taqwa ini kecuali orang yang telah banyak berjihad di jalan Allah SWT dan yang banyak menderita dalam berjihad menegakkan kalimah Allah SWT. Mereka ini merasakan amat perlu pada pengawasan ini. Dalam perjalanan nanti mereka akan berjumpa dengan daya penarik yang banyak seperti pangkat, kebesaran, wang, kemewahan dan kedudukan. Tanpa taqwa mereka akan tercicir, tidak tahan dan tanpa disedari akan diperalatkan oleh sistem yang lain. Sedangkan hal ini bersalahan dengan nilai taqwa itu sendiri.

Orang yang tidak biasa berjalan di atas jalan dakwah ini tidak akan berhajat kepada taqwa. Orang yang tidak pernah menderita dalam menegakkan Islam tidak akan berhajat kepada taqwa. Oleh itu daripada awal-awal lagi kita kena ada penjaga ini (taqwa). Apabila seseorang itu baligh atau masuk Islam sahaja maka pengawasan ini kena bersama-samanya. Kalau tidak mungkin dia akan mensia-siakan hidupnya. Dia akan jatuh ke bawah penguasaan musuh-musuh Allah SWT.

Posted by azlirul_sensei Monday, February 21, 2011 0 comments



Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  8. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Posted by azlirul_sensei Monday, February 14, 2011 1 comments



Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.


Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.


Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Posted by azlirul_sensei Sunday, February 13, 2011 2 comments



Rizal yang Insaf
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu
 "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Hadiah Cincin Berlian
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, 
"Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata,
 "Susah mencari kereta palsu."

Cara Peguam
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.
Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu.
"Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."
Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit.
 "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."
Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."
"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.
Peguam itu menjawap, 
"Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"

Posted by azlirul_sensei Wednesday, February 9, 2011 0 comments



Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Posted by azlirul_sensei Monday, February 7, 2011 0 comments

suker ker

Ketahuilah